Kuala Tahan, pintu masuk ke Taman Negara

Jerantut, pintu masuk ke Taman Negara

Panduan aktiviti, pakej percutian dan cerita dari hutan hujan tertua di dunia.

Lihat pakej aktiviti
Tras air terjun di Taman Negara

Air terjun

Rapid shooting di Sungai Tembeling

Rapid shooting

Canopy walk Seberang Ara

Canopy walk

Lawatan kampung Orang Asli

Kampung Orang Asli

Kuala Tahan Taman Negara

Kuala Tahan, pusat pengembaraan Taman Negara

Kuala Tahan: Pusat Pengembaraan di Taman Negara

Kampung kecil di tebing Sungai Tembeling ini menjadi tempat semua pengembaraan bermula.

Selepas melalui Jerantut, destinasi seterusnya bagi setiap pengunjung Taman Negara ialah Kuala Tahan. Kampung kecil ini terletak betul-betul di pintu masuk hutan hujan tropika tertua di dunia, di mana Sungai Tahan bertemu dengan Sungai Tembeling. Di sinilah pusat operasi Taman Negara bermula, lengkap dengan jeti, kaunter permit, chalet, gerai makan dan pelbagai perkhidmatan pelancong.

Kenapa Kuala Tahan jadi tempat bermalam

Kebanyakan pengunjung memilih untuk bermalam di Kuala Tahan sebelum meneruskan aktiviti seperti jungle trekking, canopy walk atau rapid shooting. Kawasan ini menawarkan pelbagai pilihan penginapan, dari chalet mudah hingga resort, sesuai untuk keluarga, kumpulan kawan mahupun pelancong solo.

Suasana di sini tenang pada waktu pagi dan mulai riuh dengan aktiviti pelancong menjelang tengah hari, apabila kumpulan-kumpulan bersedia untuk memulakan trekking atau menaiki bot menyusuri sungai.

Suasana di Kuala Tahan

Suasana harian di Kuala Tahan, pintu masuk ke hutan Taman Negara

Restoran Terapung di atas Sungai Tembeling

Salah satu tarikan unik Kuala Tahan ialah Restoran Terapung, iaitu restoran yang terapung di atas air dan menghidangkan makanan tempatan sambil pengunjung menikmati pemandangan sungai dan hutan di sekeliling. Ramai pengunjung menjadikan makan di sini sebagai sebahagian daripada pengalaman percutian, terutamanya selepas penat menyertai aktiviti seperti rapid shooting atau lawatan Kampung Orang Asli.

Restoran Terapung di Kuala Tahan

Restoran Terapung, terapung di atas Sungai Tembeling

Aktiviti bermula dari Kuala Tahan

Hampir semua aktiviti utama Taman Negara bermula atau melalui Kuala Tahan, antaranya:

  • Jungle trekking ke Bukit Teresek dan Canopy Walk
  • Rapid shooting di Sungai Tembeling
  • Lawatan ke Kampung Orang Asli Batek
  • Night Jungle Walk dan Night Safari 4WD
  • Perjalanan bot ke Sungai Tahan dan Lata Berkoh

Kerana kedudukannya yang strategik, pengunjung boleh menyusun beberapa aktiviti dalam satu hari tanpa perlu berpindah lokasi jauh, menjadikan Kuala Tahan pilihan terbaik untuk Day Trip mahupun percutian beberapa hari.

Kami beroperasi terus dari Kuala Tahan, jadi setiap tempahan diuruskan oleh guide tempatan yang biasa dengan keadaan sungai, cuaca dan laluan hutan sepanjang tahun.

Bersedia untuk pengembaraan anda

Sama ada anda merancang percutian keluarga, Day Trip ringkas atau pengembaraan beberapa hari, Kuala Tahan adalah tempat semuanya bermula. Semak pakej dan harga kami untuk mula rancang perjalanan anda ke Taman Negara.

Rancang percutian Taman Negara anda

Semak semua pakej, harga dan apa yang termasuk dalam setiap aktiviti.

Lihat pakej & harga